Pages: 1 2 3 >>

Permalink by admin Email, Tuesday 24 April 2012 10:05, Categories: Daily living

Semenjak kematian nenekku, aku sentiasa resah. Selalu memikirkan kematian. Apa akan jadi kepadaku?

Kematian itu satu yang pasti. Tak boleh nak escape kemana2 dah. Sorok lah kat ceruk mana pun, berhati2 macam mana pun, jika sudah sampai masanya, nyawa kita akan dipanggil balik oleh Allah.

Jiwaku resah. Rindu kat keluarga bermaharajalela. Tahap gaban. Ditahankan aje. Rindu dengan laungan azan yang kuat lima kali sehari.

Cemburu rasa tengok video2 orang yang mencari kebenaran dan memeluk Islam selepas menemuinya. Mereka betul2 memahami konsep ketuhanan dan mengerti kenapa Islam itu ajaran yang benar.  Terharu tengok kesungguhan mereka. Kenapa aku tak macam tu?

Lebih2 lagi duduk kat tempat yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam. Banyak kesesatan. Banyak sungguh cabaran menetap di sini. Jauh dari keluarga. Kalau tak kuatkan hati, minda dan iman, memang boleh hilang diri sendiri. Takut aku kalau hilang pegangan agama. Pegangan agama suamiku yang seorang mualaf (Alhamdulillah, dia betul2  cuba mengikut Islam). Macam mana aku nak mendidik anak2 ku supaya menjadi seorang muslimin dan muslimah yang kuat pegangan agamanya?

Puas aku berdoa semoga Allah turunkan hidayah kepada kami semua.

Then, terfikir. Kita tak boleh tunggu hidayah itu sampai dengan sendirinya. Kita mesti cari hidayah itu sendiri. 

Aku cuba luangkan masa setiap hari mempelajari hal2 agama. Cari ayat2 Quran untuk diamalkan. Tunaikan solat dengan mengambil masa yang lebih supaya tak tergopoh-gapah membaca bacaan2 yang sepatutnya. Mengajak anak2 duduk atau main dekat2 masa aku solat.

Ku tingkatkan bacaan al-Quran. Ku cuba tukarkan perangai ku untuk lebih mengikut ajaran agamaku. Sungguh banyak benda yang perlu aku betulkan.

Insya Allah, ketenangan akan ku perolehi. 

Al-Fatihah untuk nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W,  ahli2 keluarganya dan para sahabat, semua ahli2 keluarga yang telah meninggalkan kita, muslimin dan muslimat yang telah pergi menemuiNya.

Permalink by admin Email, Sunday 4 September 2011 08:32, Categories: Daily living

In this age, when petroleum is at a premium, I think it is time to stop this sport or any sports that uses it in large quantity for nothing.

Permalink by admin Email, Saturday 3 September 2011 09:56, Categories: Expression

Pricked.
Poked.
Nudged.
Bleed.

Lashing out.
Cursing out loud.

Exciting.
Sharing.

Defeaning silence.

Withdrawn into my shell. 

Wait.
That's a childish impulse.

Break my shell.
Endure it all.

Trash impulse.

Pages: 1 2 3 >>

August 2016
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 << <   > >>
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      

Search

XML Feeds

blog engine